Cesar Azpilicueta mula bertindak balas selepas diusung ekoran kecederaan kepala dalam kekalahan 1-0 Chelsea di laman sendiri kepada Southampton, dedah pengendali pasukan, Graham Potter.
Pemain pertahanan itu diterjah tepat ke muka oleh Sekou Mara semasa mempertahankan sepakan sudut di Stamford Bridge, dengan penghentian yang panjang dalam permainan semasa dia dirawat oleh doktor.
Kapten The Blues itu kemudiannya dibawa keluar dari padang dan ke hospital, kerana tuan rumah gagal mendapatkan respons kepada sepakan percuma James Ward-Prowse pada separuh masa pertama.
Potter menawarkan kemas kini mengenai status Azpilicueta selepas perlawanan, mendedahkan pemain berusia 33 tahun itu dalam rawatan perubatan dan boleh mengadakan perbualan.
“Dia berada di hospital,” katanya. “Dia sedar dan bercakap dengan isterinya. Semoga dia akan kembali pulih sepenuhnya.
“Kami sedang memantaunya. Dia perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu kami ambil sekarang.”
Source: stadiumastro.com