LONDON: Pengendali Chelsea memuji reaksi anak buahnya yang menamatkan deretan lima perlawanan tanpa kemenangan sebelum rehat Piala Dunia dengan menewaskan Bournemouth 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Kai Havertz dan Mason Mount menemui sasaran dalam tempoh 24 minit untuk kembali meletakkan Chelsea dalam pemburuan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Chelsea kini melonjak ke tangga kelapan liga dan ketinggalan enam mata di belakang kelompok empat teratas.
Pemain tengah Chelsea, Kai Havertz (kiri) membuka jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Stamford Bridge, London. – Foto AFP
LONDON: Pengendali Chelsea memuji reaksi anak buahnya yang menamatkan deretan lima perlawanan tanpa kemenangan sebelum rehat Piala Dunia dengan menewaskan Bournemouth 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Kai Havertz dan Mason Mount menemui sasaran dalam tempoh 24 minit untuk kembali meletakkan Chelsea dalam pemburuan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Chelsea kini melonjak ke tangga kelapan liga dan ketinggalan enam mata di belakang kelompok empat teratas.
Pemain Chelsea, Mason Mount (kiri) meledak gol kedua pasukannya ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Stamford Bridge, London. – Foto REUTERS
“Anda perlu menggunakan tempoh rehat dengan sebaiknya. Ia peluang untuk penilaian semula dan mendapatkan kembali pemain-pemain yang cedera,” kata Potter.
Bagaimanapun kemenangan itu dibayangi kecederaan terhadap pertahanan, Reece James yang baru pulih daripada kecederaan lutut yang membuatkannya tercicir daripada skuad Piala Dunia England.
Aksi pemain Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Stamford Bridge, London. – Foto REUTERS
Potter, yang cuba mengelak kekalahan liga keempat berturut-turut Chelsea buat pertama kali sejak tahun 1998, menurunkan Denis Zakaria dalam kesebelasan utama buat kali pertama.
Raheem Sterling membuat umpanan untuk Havertz bagi gol pertama Chelsea pada minit ke-16. Mount menambah jaringan lapan minit kemudian menerusi rembatan dari luar kotak penalti. – AFP
Source: bharian.com.my