Sport

Klopp tetap mahukan Firmino, Milner

FIRMINO kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool musim ini. -FOTO ReutersFIRMINO kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool musim ini. -FOTO Reuters

Liverpool: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu Roberto Firmino dan James Milner menyambung kontrak mereka di Anfield melebihi berakhirnya musim ini.

Firmino, 31, sangat penting dalam kemenangan Liverpool di Liga Perdana dan Liga Juara-Juara di bawah kendalian Klopp.

Pemain antarabangsa Brazil itu menjaringkan sembilan gol dalam 21 penampilan musim ini tetapi nampaknya kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas kehadiran Darwin Nunez dan Cody Gakpo.

“Bobby tahu situasi di sini dan apa yang kami fikirkan tentang dia,” kata Klopp.

“Dia sangat penting, hubungan di antara pemain, kemampuan dalam kawasan sempat dengan kepintaran yang dimilikinya penting dalam permainan dari situ.

“Dia tidak mementingkan diri sendiri dan jarang ada pemain seperti itu. Dia seorang pemain yang hebat.

“Saya tidak tahu 1,000 peratus apa rancangannya. Mungkin orang lain akan menawarkan sesuatu yang lebih baik?”

Klopp menolak dakwaan awal minggu ini yang mengatakan dia “terlalu setia” kepada sebahagian pemain tetapi dia masih percaya terhadap Milner, yang akan berusia 37 tahun awal bulan ini yang dikatakan masih diperlukan di padang.

“Kita tidak menjangkakan Milly akan bermain dalam 64 perlawanan semusim tetapi dalam 64 aksi semusim, Milly boleh menjadi pemain yang sangat penting,” tambah Klopp.

“Saya yakin kelab boleh menggunakan perwatakan dan mindanya kerana dia sangat istimewa.

“Mungkin ada pemain lebih baik di luar sana tetapi tiada siapa dengan minda seperti itu dan itu menjadikan dia amat berharga buat kami.”

Source:hmetro.com.my

Related Posts

‘I played against Jack Nicklaus – this is what I think about Tiger Woods GOAT debate’

Jack Nicklaus and Tiger Woods are two of the all-time greats, but who boasts the better career? Jack Nicklaus and Tiger Woods at the 150th Open Championship. (Image:…

Rory McIlroy provides damning stance of LIV Golf and PGA Tour stars over merger

A report earlier this week claimed that PGA Tour players were demanding that LIV Golf members handed the money they had earned from the Saudi league back in…

Tiger Woods labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over latest PGA Tour rumour

PGA Tour golfers Tiger Woods and Patrick Cantlay were labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over the latest rumour surrounding the LIV Golf League. Prominent golf journalist Alan Shipnuck…

Despite Tiger Woods & Co’s ‘Vindictive’ Actions, Bryson DeChambeau Proves He’s the Bigger Person With PGA of America Gesture

On September 17, the PGA of America made a statement ahead of the Presidents Cup. Despite LIV Golfers already being allowed to compete at the Ryder Cup and…

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement: ‘Were They Not Eligible Before?’ There has been no update on the PIF merger so far….

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…