Sport

Liverpool perlu kembali kepada asas – Klopp

REAKSI Klopp selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Brighton, Sabtu lalu. FOTO Reuters REAKSI Klopp selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Brighton, Sabtu lalu. FOTO Reuters

London: Lapan bulan selepas Liverpool mencipta rekod merangkul empat kejuaraan, pengurusnya, Jurgen Klopp berjuang untuk menyelamatkan pasukannya daripada ‘meletup’.

Anak buah Klopp dimalukan 0-3 di Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu menyebabkan mereka kini menduduki tangga kesembilan liga dan masih mencari jiwa di Anfield.

“Ini adalah masalah bola sepak dan anda perlu menyelesaikannya menerusi bola sepak. Bermain lebih baik berbanding menentang Brighton sudah pasti tidaklah susah sangat,” kata Klopp.

“Kami perlu lebih padat, bertahan. Dalam beberapa ketika, padang kelihatan terlalu besar. Ia mengenai cara kami bertahan. Anda perlu kembali kepada asas, itu yang kami perlu lakukan.”

Impian Liverpool memburu empat kejuaraan musim lalu berakhir dengan kekecewaan apabila ketinggalan satu mata di belakang Manchester City untuk gelaran EPL dan Real Madrid pula menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kesan daripada usaha itu yang menyaksikan Liverpool muncul juara Piala FA dan Piala Liga, masih dirasai sehingga musim ini.

Klopp mengakui pemainnya menunjukkan tanda kelesuan mental dan fizikal selepas bermain 63 perlawanan pada musim lalu apabila beraksi dalam semua perlawanan di empat kejohanan.

“Ia pasti memberi kesan, kami boleh mengatakannya sekarang,” kata Klopp apabila ditanya mengenai keletihan dialami pemainnya.

“Tiada buku ditulis mengenainya, tiada data mengenainya kerana tiada orang yang bermain perlawanan sebanyak itu sebelum ini.”

Petanda paling nyata dialami selepas musim maraton Liverpool adalah senarai panjang kecederaan menimpa pemain bintang pasukan itu.

Ketika perlawanan menentang Brighton, Klopp tidak dapat menurunkan pemain utama di barisan depan seperti Luis Diaz, Diogo Jota, Darwin Nunez dan Roberto Firmino manakala bek tengah, Virgil van Dijk turut disisihkan.

Sebelum ini, Klopp terlalu mengharapkan kekuatan jentera tengahnya yang sentiasa bekerja keras dengan pemain seperti Jordan Henderson, Fabinho dan James Milner yang membantu pasukan muncul juara EPL dan UCL.

Namun, Liverpool mula terasa kesan akibat gagal mengetengahkan pemain muda pada ketika pemain senior seperti Henderson (32), Milner (37), Thiago Alcantara (31) and Fabinho (29) mula dimamah usia.

Awal pagi esok, mereka akan berkunjung ke Wolves untuk perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA dan Klopp berharap sesuatu yang lebih baik untuk pasukannya.

Source: hmetro.com.my

Related Posts

‘I played against Jack Nicklaus – this is what I think about Tiger Woods GOAT debate’

Jack Nicklaus and Tiger Woods are two of the all-time greats, but who boasts the better career? Jack Nicklaus and Tiger Woods at the 150th Open Championship. (Image:…

Rory McIlroy provides damning stance of LIV Golf and PGA Tour stars over merger

A report earlier this week claimed that PGA Tour players were demanding that LIV Golf members handed the money they had earned from the Saudi league back in…

Tiger Woods labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over latest PGA Tour rumour

PGA Tour golfers Tiger Woods and Patrick Cantlay were labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over the latest rumour surrounding the LIV Golf League. Prominent golf journalist Alan Shipnuck…

Despite Tiger Woods & Co’s ‘Vindictive’ Actions, Bryson DeChambeau Proves He’s the Bigger Person With PGA of America Gesture

On September 17, the PGA of America made a statement ahead of the Presidents Cup. Despite LIV Golfers already being allowed to compete at the Ryder Cup and…

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement: ‘Were They Not Eligible Before?’ There has been no update on the PIF merger so far….

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…