Sport

EPL: Potter kecewa aksi Chelsea hambar lagi

NOTTINGHAM – Chelsea kembali menunjukkan prestasi hambar selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium City Ground awal pagi semalam.

STERLING (kiri) berjaya membuka tirai jaringan, namun gagal dipertahankan apabila Forest berjaya menyamakan kedudukan untuk keputusan terikat 1-1 awal pagi semalam. – AFP

Walaupun berjaya mendahului perlawanan menerusi pemain sayap, Raheem Sterling, namun juara Eropah dua kali itu terpaksa akur pulang dengan satu mata apabila Serge Aurier me­nyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Keputusan itu nyata tidak menggembirakan pengurus, Graham Potter yang menganggap The Blues gagal untuk menampilkan permainan sebenar, sekali gus menyaksikan mereka terus kekal di tangga ketujuh liga.

“Pada akhirnya, kami hanya berpuas hati de­ngan satu mata menentang sebuah pasukan yang sangat tersusun. Kredit kepada mereka kerana bijak menggunakan peluang bermain di laman sendiri sehingga membuatkan kami tertekan.

“Ini bukanlah tahap permainan sebenar Chelsea dan saya fikir kami tidak layak untuk bawa pulang tiga mata. Apabila memegang bola, kami terlalu lambat untuk melancarkan serangan ke arah pintu gol lawan,” katanya.

Potter kecewa persembahan buruk Chelsea

Justeru, bekas pengendali Brighton itu menegaskan, Chelsea perlu menyalahkan diri sen­diri apabila gagal menampilkan aksi yang dimahukan dan meng­anggap pemain-pemainnya agak pasif sepanjang perlawanan.

“Kami hanya boleh salahkan diri sendiri dengan keputusan ini. Sudah tentu kami sangat kecewa dengan tahap permainan sepanjang 90 minit, namun apa yang jelas kami tidak layak untuk menang,” ujar Potter. – AGENSI

source: kosmo.com.my

Related Posts

‘I played against Jack Nicklaus – this is what I think about Tiger Woods GOAT debate’

Jack Nicklaus and Tiger Woods are two of the all-time greats, but who boasts the better career? Jack Nicklaus and Tiger Woods at the 150th Open Championship. (Image:…

Rory McIlroy provides damning stance of LIV Golf and PGA Tour stars over merger

A report earlier this week claimed that PGA Tour players were demanding that LIV Golf members handed the money they had earned from the Saudi league back in…

Tiger Woods labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over latest PGA Tour rumour

PGA Tour golfers Tiger Woods and Patrick Cantlay were labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over the latest rumour surrounding the LIV Golf League. Prominent golf journalist Alan Shipnuck…

Despite Tiger Woods & Co’s ‘Vindictive’ Actions, Bryson DeChambeau Proves He’s the Bigger Person With PGA of America Gesture

On September 17, the PGA of America made a statement ahead of the Presidents Cup. Despite LIV Golfers already being allowed to compete at the Ryder Cup and…

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement: ‘Were They Not Eligible Before?’ There has been no update on the PIF merger so far….

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…