Sport

Apa dah jadi Liverpool?

London: Jurulatih Liverpool Juergen Klopp mengakui Brentford menunjukkan lebih berkemahuan tinggi untuk menang selepas pasukannya tewas 1-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Klopp turut mempersoalkan kualiti pengadilan dalam aksi di Stadium Komuniti Gtech yang menyaksikan Brentford menang kali pertama ke atas Liverpool sejak 1938.

AKSI Mbeumo menjaringkan gol ketiga Brentford.  FOTO ReutersAKSI Mbeumo menjaringkan gol ketiga Brentford. FOTO Reuters

“Ia perlawanan liar dan aksi yang sangat-sangat dimahukan Brentford,” kata Klopp kepada Sky Sports.

“Saya tak pasti anda boleh mengawalnya, setiap sepakan sudut benar-benar mengancam kami. Kami melepaskan gol pertama ketika kami sepatutnya mendahului mereka 2-0.

“Kami perlu lebih tajam ketika kami kuasai perlawanan tetapi kami gagal melakukannya malam ini.”

Jaringan sendiri Ibrahima Konate susulan sepakan sudut dan gol daripada Yoane Wissa membolehkan Brentford selesa mendahului sebelum rehat selain dua jaringan mereka dibatalkan VAR selepas didapati ofsaid.

Apa Dah Jadi Liverpool?, Berita Sukan - Beritaharian.sg

Liverpool merapatkan kedudukan menerusi tandukan Alex Oxlade-Chamberlain pada babak kedua tetapi Brentford memastikan kemenangan dengan rembatan Bryan Mbeumo pada lewat perlawanan yang pada anggapan Klopp tidak sepatutnya dibenarkan selepas dia mengasari Konate terlebih dahulu.

“Saya tidak gembira dengan cara kami dibolosi. Mereka tidak pedulikan peraturan, menolak dan memegang dan itu sebabnya sukar tetapi ya berharap kami lebih baik dalam situasi ini,” kata Klopp.

“Kesalahan adalah kesalahan, memegang dan menolak juga kesalahan. Itu sebabnya mengapa mereka (Brentford) sangat berjaya dengan ‘set pieces’ tetapi ada beberapa peraturan.

“Saya tak mahu bermain mengikut cara mereka tetapi itulah yang berlaku. Gol ketiga tidak sepatutnya dibenarkan.”

Sementara itu, jurulatih Brentford, Thomas Frank memuji skuadnya selepas satu lagi kemenangan ke atas skuad lebih ternama di EPL.

Brentford menewaskan Arsenal dan Chelsea dalam kempen pertama mereka dalam saingan tertinggi manakala pada musim kedua mereka menewaskan Manchester United 4-0 dan Manchester City 2-1.

“Ia keputusan hebat tetapi menewaskan Liverpool di sini sangat menakjubkan dan pemain saya terus mendapat sanjungan penonton dengan prestasi mantap mereka.”

Related Posts

‘I played against Jack Nicklaus – this is what I think about Tiger Woods GOAT debate’

Jack Nicklaus and Tiger Woods are two of the all-time greats, but who boasts the better career? Jack Nicklaus and Tiger Woods at the 150th Open Championship. (Image:…

Rory McIlroy provides damning stance of LIV Golf and PGA Tour stars over merger

A report earlier this week claimed that PGA Tour players were demanding that LIV Golf members handed the money they had earned from the Saudi league back in…

Tiger Woods labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over latest PGA Tour rumour

PGA Tour golfers Tiger Woods and Patrick Cantlay were labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over the latest rumour surrounding the LIV Golf League. Prominent golf journalist Alan Shipnuck…

Despite Tiger Woods & Co’s ‘Vindictive’ Actions, Bryson DeChambeau Proves He’s the Bigger Person With PGA of America Gesture

On September 17, the PGA of America made a statement ahead of the Presidents Cup. Despite LIV Golfers already being allowed to compete at the Ryder Cup and…

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement: ‘Were They Not Eligible Before?’ There has been no update on the PIF merger so far….

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…