Cody Gakpo telah mendedahkan bagaimana Virgil van Dijk memainkan peranannya dalam membantu dia melengkapkan perpindahan ke Anfield.
Penyerang berusia 23 tahun itu secara rasminya telah melengkapkan perpindahannya dari PSV Eindhoven di awal jendela perpindahan bulan Januari ini, di mana subjek dalam proses menunggu permit bekerja, untuk memperkuat barisan serangan Jurgen Klopp.
Gakpo telah melepasi ujian kecergasan dan bersetuju dengan syarat peribadi yang ditawarkan pada Rabu di Pusat Latihan AXA, di mana dia kembali bertemu dengan rakan senegara dan merupakan kapten pasukan Belanda, Van Dijk.
Bercakap mengenai peranan yang dimainkan oleh Van Dijk dalam mempengaruhi keputusannya sertai Liverpool, Gakpo memberitahu Liverpoolfc.com dalam temu bual pertamanya: “Sebentar tadi saya bercakap dengan jurulatih, dia masuk ke dalam pejabat dan kemudian dia melihat saya dan kami berbual sekejap.
“Kami banyak bercakap melalui panggilan telefon dalam beberapa hari ini. Apa yang dia beritahu saya yang ini adalah perpindahan yang tepat untuk saya lakukan dan untuk saya terus berkembang dan menjadi pemain yang lebih baik, disebabkan kelab ini sangat besar dan sangat hebat tetapi juga ini adalah sebuah kelab seperti keluarga sebenar – saya fikir itu juga adalah penting buat saya kerana saya adalah orang yang sukakan kekeluargaan.
“Saya juga gembira yang dia berada di sini, jadi dia boleh membantu saya dalam beberapa perkara. Saya sangat berterima kasih kerana akhirnya dapat berada di sini.”
Source: majalahsukan.com