Saya menyediakan Cendawan Tiram goreng rangup untuk dimakan begitu sahaja. Selepas balik dari melakukan brisk walking mengelingi tasik, saya melakukan sedikit gardening dengan trim dahan dahan pokok delima. Hmm saya budak kampung, tak ada kekoknya untuk menggunting pokok sendiri walaupun pokok delima yang berduri. Malahan sebelah petangnya, saya menabur baja buah pada pokok delima dan memberi baja daun pada pokok lain di samping meletakkan ubat untuk siput babi. Tak pakai glove pun, guna tangan jer untuk memegang baja. Sejak kecil saya sudah biasa menanam pokok dengan menggunakan baja tahi lembu asli lagi. Tahi lembu yang dah kering ler, tak kan lah yang masih lembik pulak. Gaul gaul dengan tanah dan tanam pokok. Pokok menjadi sangat subur. Selepas selesai mencantas pokok delima, barulah saya ke dapur. Makan meratah cendawan goreng sementara menunggukan Meatloaf di SINI dibakar di dalam oven. Kiranya makan tengahari kami adalah cendawan tiram goreng dan meatloaf. Kami memang telah mengurangkan pengambilan nasi. Bila usia meningkat, berat berlebihan memberi bebanan pada lutut. Alhamdulillah Allah telah memberi kesembuhan pada lutut saya yang sakit sejak Ramadhan lalu. Kesakitannya sangat terasa sehingga ada kala saya seperti menitis air mata menahannya. Allah menemukan saya dengan seorang sahabat yang seterusnya membuka hati saya untuk melakukan brisk walking. Selepas 2 hari mengajak Boy menemani saya mengelilingi tasik yang mendamaikan, kesakitannya hilang dan saya seperti diberi ruang yang baru. Inilah nikmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan. Kita hanya menghargai nikmat sihat setelah kita sakit. Jadi selain melakukan exercise, saya juga kena mengawal berat badan. Mahu tak mahu, suka tak suka, saya terpaksa melakukannya walaupun saya memang tak boleh berpisah dengan nasi. Tekak dan selera anak petani yang dibesarkan dengan tanaman padi lah katakan.
Sangat sedap cendawan tiram goreng ini. Tepungnya sangat rangup dan krup krap krup krap bila dikunyah serdaknya. Boleh juga digunakan resepi ini untuk membuat pisang goreng. Dengan meletakkan sedikit tepung jagung, hasilnya sangat rangupJom layan resepi mudah dan sedap ini. Boleh disediakan sebagai kudapan untuk hidangan waktu petang…BACA JUGA
- Terung Dengan Ikan Bilis Goreng Berlado
- Daging Phad Phed Ala Thai Yang Sangat Sedap
- Sup Sayur Campur
Cendawan Tiram GorengOleh: Azie KitchenBahan bahan:2 paket cendawan tiram – bersihkan1 cawan tepung beras3 sudu besar tepung jagung1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit1 biji telurGaram secukupnya1/2 cawan air atau secukupnyaMinyak – untuk menggorengCara cara:Satukan semua bahan di atas kecuali air. Gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Celup cendawan tiram ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam kuali. Goreng selama 4-5 minit atau sehingga keperangan.
Angkat dan tos. Sesuai dihidangkan bersama teh O.
Source: https://www.aziekitchen.com/