Harry Maguire bercakap dengan penuh keyakinan selepas mempamerkan persembahan positif dalam kemenangan 1-0 Manchester United menentang Real Betis, dengan dia menyuarakan tentang kepentingan dirinya untuk pasukan itu.
Ia bukanlah musim yang mudah buat kapten Manchester United itu, yang terpaksa menyaksikan peranannya telah dihadkan di dalam kelab, berada di belakang gandingan utama pertahanan tengah United buat masa ini, Raphael Varane dan Lisandro Martinez. Tetapi selepas persembahan cemerlang menentang Real Betis di tempat lawan, pemain pertahanan tengah itu memberikan temu bual meyakinkan tentang situasi sebenar dirinya di dalam kelab tersebut.
Ditanya mengenai kurangnya minit bermainnya oleh BT Sport, Maguire menjawab: “Dengar, saya bekerja keras di dalam sesi latihan dan itu sahaja yang boleh anda lakukan. Ia bukanlah terlalu lama sejak kali terakhir saya bermain, ia baru sahaja beberapa minggu yang lalu. Dan saya telah bermula dalam 5 atau 6 perlawanan sejak Piala Dunia berakhir.”
Dia menambah: “Saya mempunyai peranan penting di dalam dan di luar padang di kelab ini. Setiap hari saya cuba untuk menjadikan kelab ini berjaya, sama ada saya bermain atau tidak. Itu adalah fokus utama saya buat masa ini.”
Maguire merupakan pemain pertama yang akan berada dalam kesebelasan utama United sejak ditandatangani pada tahun 2019 dan dalam masa yang singkat, dia diberikan lilitan kapten. Tetapi peranannya itu telah berkurangan sejak pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus, dengan The Red Devils menunjukkan peningkatan yang besar, terutama sekali di barisan pertahanan.
Dia memainkan peranan penting untuk skuad England di Piala Dunia Qatar 2022, dan berterusan menjadi pilihan utama Gareth Southgate meskipun kurangnya minit bermainnya di peringkat kelab.
Source: majalahsukan.com