Penyerang Chelsea, Kai Havertz, menikmati prestasi yang baik sekali lagi, tetapi dia mendedahkan masalah kesihatan mental musim ini telah menimpa dirinya dan orang-orang di sekelilingnya.
Pemain kebangsaan Jerman itu telah membuat 22 perlawanan daripada 26 perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea pada kempen ini, dengan hanya menjaringkan 27 gol sebagai satu pasukan.
Ia telah mengakibatkan musim yang penuh tekanan ketika pengendali, Graham Potter berjuang untuk mengekalkan tugasnya, dan sementara Havertz sendiri gagal memberikan hasil kepada pasukan dengan efektif, dan tekanan musim yang mengecewakan telah memberikan impak negatif kepadanya.
Selepas lapan gol dan empat bantuan jaringan dalam 29 penampilan liga musim lalu, Havertz telah menjaringkan enam gol dan satu bantuan kali ini, tetapi hanya menjaringkan satu gol dalam 10 perlawanan terakhirnya sebelum menjaringkan gol menentang Leicester City dalam kemenangan 3-1 pada Sabtu.
“Bola sepak adalah kehidupan kami,” kata Havertz. “Jika anda kalah dalam perlawanan, sudah tentu anda tidak mempunyai kehidupan yang mudah juga.
“Saya rasa semua orang di rumah, terutamanya teman wanita saya, mengalami beberapa minggu yang sukar juga dalam beberapa minggu dan bulan terakhir. Saya rasa dia kini kembali gembira dan begitu juga saya.
“Bagi anda [wartawan], ia adalah sama — jika anda mengalami hari yang sukar di tempat kerja… anda… saya tidak akan bercakap sekarang tetapi anda berasa tidak sedap hati. Bola sepak ialah permainan di mana kami mempunyai banyak tekanan di bahu kami.
“Kami mahu menggembirakan peminat dan jika anda tidak menggembirakan mereka maka anda tidak akan berseronok.”
Source: stadiumastro.com